Saturday, November 15, 2008

DISH merintis arus muzik grunge

0 komen
DISH adalah sebuah band yang berkiblatkan muzik grunge dimana mereka telah mengangkat band² grunge terdahulu sebagai pengaruh kepada muzik mereka seperti NIRVANA, SOUNDGARDEN, MUDHONEY, PEARL JAM, BUTTERFINGERS, DEAD MUSHROOM dan juga beberapa band lain.

DISH pada asalnya dikenali sebagai ANDELINA DISEASE dimana ia telah ditubuhkan pada sekitar tahun 2003 dimana ahli line-up mereka terdiri daripada Dani, Wong dan Pakchaq (Nizam). Tidak beberapa lama kemudian Dani dan Wong telah menarik diri diatas beberapa komitmen lain. Setelah beberapa ketika, Pakchaq telah mengajak beberapa rakan lain untuk melengkapkan band ini seperti Pakjun, Rizan (ex-HAVE A NICE DEATH) dan Led (TYRE PANCIT). Dalam pada masa yang sama juga mereka telah menukar nama band mereka dari ANDELINA DISEASE kepada DISH.

Konsep perjuangan muzik mereka masih lagi grunge 90an kerana ianya berdasarkan minat dan kecenderungan mereka terhadap muzik² sebegini, lagipun sejak mula bergiat dengan dunia muzik, grunge telah menjadi akar kepada pengaruh muzik mereka, ianya seperti sudah sebati dengan mereka. Pada sekitar 2006, dimana DISH masih lagi menggunakan nama ANDELINA DISEASE, mereka telah terlibat dengan pembikinan sebuah album kompilasi dibawah naungan Lunarawk Entertainment iaitu Double Frequency.

Pada tahun 2008 pula setelah bertukar kepada nama DISH mereka telah menghasilkan sebuah album percubaan yang diberi judul ‘Homey Promo’ dimana album ini telah dirakam dan dikeluarkan sendiri oleh mereka. Terdapat 10 buah lagu di dalamnya dan album ini hanya diberi percuma kepada orang ramai lebih² lagi pada setiap kali kemunculan mereka di gig² di sekitar ibu kota. Lagu² mereka juga boleh dimuat turun secara percuma melalui laman web MySpace mereka. Selain dari itu, mereka juga sedang terlibat dengan sebuah lagi album kompilasi iaitu FATHULISTIWA,PELAN B. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar lagu baru mereka bolehlah dapatkan album kompilasi ini dipasaran. DISH juga sedang sibuk untuk menyiapkan material terbaru untuk dimuatkan ke dalam album EP kedua mereka yang diberi judul DEKLAMASI. Segala proses rakaman akan bermula sekitar penghujung tahun ini. Menurut mereka mungkin EP yang akan datang akan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.

Kepada sesiapa yang berminat dengan alunan muzik grunge DISH ia adalah satu jalan penyelesaian, dimana dari bunyian gitar yang raw serta penggunaan vokal yang seakaan² berlemak mampu mengembalikan zaman kegemilangan grunge di Seattle sekitar awal 90an. Untuk segala info² terkini tentang mereka bolehlah melawat MySpace mereka di www.myspace.com/dishband.

Comments

0 comments to "DISH merintis arus muzik grunge"