Tuesday, January 20, 2009

Harap Maaf

2 komen
Para penulis kini sedang bergelut dengan kerja masing-masing. Maaf di atas ketiadaan post-post baru. Blog ini akan di-update sesudah mereka berjaya mengatur/menyelesaikan kerja mereka.

Harap maklum.

Saturday, November 29, 2008

Video of the week

0 komen

Explosions In The Sky - Magic Hours

Saturday, November 22, 2008

DEEPSET - The lights we shed shall burn your eyes

2 komen

DEEPSET sudah tidak asing lagi dikalangan peminat² muzik ambient, shoegaze dan sewaktu dengannya. Jiwa, emosi, airmata, semangat membara, kekecewaan, kegembiraan dan banyak lagi, segala²nya dapat dirasakan melalui EP hasil karya mereka iaitu 'The lights we shed shall burn your eyes'.

EP ini telah dikeluarkan oleh Kitty Wu Records, iaitu sebuah label independent dari Singapura dan mengandungi 6 buah lagu kesemuanya. Dengan tajuk² lagu yang amat naratif seperti "Close to a cure", "Put your dream to sleep", "Every instance in this time is a journey of hope" dan lain², secara jujurnya EP mereka adalah satu penghasilan yang penuh bermakna bagi sesiapa yang meminati alunan sebegini. Lagu² didalamnya memang amat sesuai untuk dijadikan sebuah jalan cerita dan tidak hairanlah juga jika ada sebuah lagu mereka telah dimuatkan dalam skor muzik sebuah filem tanah air. Walaupun tiada vokal dan juga lirik namun ianya sudah cukup sempurna untuk dihadiahkan kepada pendengar.

Bagi yang baru hendak mendalami dunia muzik ambient DEEPSET, bolehlah juga dijadikan sebagai pengaruh utama selain dari band² luar seperti EXPLOSION IN THE SKY, MOGWAI mahupun SIGUR ROS. EP mereka kali ini masih lagi tidak boleh dikatakan sebagai penghasilan yang luar biasa dari segi mutu bunyi yang dihasilkan, namun begitu mereka telah semakin dekat kearah itu. Apa yang lebih menarik perhatian adalah penghasilan hasil kerja seni untuk kulit album EP ini memang amat artistik dan mampu menggambarkan bahawa album EP ini seharusnya dimiliki oleh semua orang tanpa ragu² dan apa yang pasti tiada siapa akan rasa rugi apabila mendengarnya lagu² didari album mereka ini.

Sila kunjungi www.myspace.com/deepbeep untuk mendapat informasi bagi album ini.

SYMBIOTIC IN THEORY - Scream Theory

3 komen

Pertama kali membelek kulit album band SYMBIOTIC IN THEORY ini pasti akan terasa ianya sama seperti band² metal lain yang ada di Malaysia. Tetapi setelah mendengarnya ternyata jangkaan itu salah. EP album SYMBIOTIC IN THEORY ini berjudul "Scream Theory" ianya adalah hasil buah tangan dan sentuhan rakaman dari seberang iaitu Overload Studio di Jakarta.

Apa yang boleh dirumuskan adalah hasil bunyi yang keluar adalah amat baik sekali, cukup sempurna dan terang benderang. Ianya adalah hasil penat lelah yang tidak rugi dari 5 orang anak muda ini. Namun begitu bunyi yang sedap haruslah datang dari formasi lagu yang terbaik dan itulah yang boleh diperkatakan tentang EP SYMBIOTIC IN THEORY ini. dari hentakan drum serta twin pedal yang padu dan konsisten ke hasil kerja riff² dan lead² gitar yang kreatif serta alunan bassline yang amat kemas sudah cukup melengkapkan lagu² mereka, ditambah pula dengan lontaran suara 'growl' yang begitu kejam sekali lagi memberi bonus kepada penghasilan EP mereka ini.

Kepada penggemar² muzik metal dan death metal tidak kira new age ataupun yang old skool, EP ini seharusnya menjadi koleksi wajib kepada semua kerana penghasilan mutu kerja yang amat baik. Kepada band² death metal yang lain EP SYMBIOTIC IN THEORY ini seharusnya dijadikan kayu pengukur kepada penghasilan setiap lagu² baru mereka. Sekalung tahniah buat SYMBIOTIC IN THEORY kerana berjaya menghasilkan produk yang bermutu. Semoga dapat menyaksikan persembahan live mereka nanti.

Sila layari www.myspace.com/screamtheory untuk keterangan lanjut.

THIRD ARM RECORDS - Happy Little Creatures

0 komen
HAPPY LITTLE CREATURES adalah sebuah album kompilasi yang telah dihasilkan oleh sebuah label DIY di Malaysia iaitu ThirdArm Records, album kompilasi ini seharusnya diberi pujian kerana buat julung² kalinya sebuah album DIY dihasilkan dalam bentuk yang amat profesional dan juga dibarisi oleh band yang rata²nya adalah dari genre muzik Technical grind, Chaotic, Trashcore dan Mathcore seperti BLOOD ON WEDDING DRESS, INFINITE DELAY, NAZARK, DEVILICA, FOLIAGE dan DAIGHILA.

Sememangnya semua orang sedia maklum ThirdArm Records adalah satu² DIY label yang memperjuangkan genre muzik sebegitu dan mereka juga telah berjaya membawa revolusi muzik yang baru kepada scene underground tanah air. Dalam album kompilasi ini kita akan dapat rasakan tenaga serta luapan adrenalin yang memuncak dari setiap lagu yang dihasilkan oleh setiap band. Selain dari itu terdapat juga lagu yang bercorak perlahan tetapi mempunyai corak permainan yang kreatif hasil dari band LORD SUNNY DAY, dan yang paling sukar untuk didapati iaitu penglibatan band AKTA ANGKASA dalam album kompilasi ini.

Seperti yang semua tahu AKTA ANGKASA adalah diantara band experiment ambient yang terbaik pernah wujud di Malaysia dan mereka telah menghasilkan lagu "Chatetan Konkerit" dimana telah mengambil masa 17 minit namun begitu ianya adalah hasil eksperimen paling maksimum telah mereka buat. Album kompilasi ini wajib dimiliki oleh penggemar² muzik teknikal dan apa yang lebih menarik adalah penghasilan artwork untuk kulit album ini yang benar² kreatif serta himpunan gambar² band yang ada didalamnya benar² menunjukkan betapa bersatu padunya mereka diantara satu sama lain dan ini amatlah digalakkan dalam scene kita. Hapuskan kebencian..!!

Sila layari http://www.thirdarmrecords.com/ atau www.myspace.com/thirdarmrecords untuk keterangan lanjut.

KATE NASH - Permata dari kota London

0 komen
Mungkin agak asing dan baru bagi kita disini tentang KATE NASH, namun begitu dia telah berjaya mencipta nama dan tanda sebagai penyanyi wanita yang kreatif juga inovatif dan telah dikenali di kota London juga diseluruh negara² Eropah walaupun dalam usia yang masih muda.

KATE NASH dilahirkan pada 1987 dan dibesarkan di Harrow utara London. Perjalanan karier muziknya boleh dianggap seperti kebetulan kerana pada mulanya dia bercita² untuk menjadi seorang pelakon tetapi setelah berjaya belajar bermain gitar dia mula bertukar minatnya untuk mendalami dunia muzik. Ini semua terjadi apabila dia mengalami kemalangan yang mengakibatkan kakinya telah patah, disebabkan tidak boleh pergi ke kelas berlakon serta duduk diam kebosanan akhirnya dia mula berfantasi dengan muzik yang selalu dimainkannya. Dalam pada masa yang sama KATE NASH juga amat kreatif dalam bidang penulisan lirik dimana dia sering memaparkan sebuah jalan cerita pada setiap lagu yang dihasilkannya. Dia juga sentiasa menjadikan diarinya sebagai pendorong untuk dia mula menulis lirik.

Pada mulanya muzik KATE NASH lebih ke arah garage band dicampur pula dengan alunan gitar yang samar² dan bunyian² elektronik serta mempunyai tema kemanusiaan yang mendalam pada setiap lagu. Berbekalkan semangat yang jitu KATE NASH telah merakamkan 2 buah lagu iaitu 'Birds' dan 'Caroline's a Victim' dan melalui 2 lagu ini dia telah menghasilkan debut double A-side dibawah naungan Moshi Moshi Records. KATE NASH juga telah mengangkat John Cooper, Regina Spektor, Kate Bush dan Devendra Banhart sebagai pengaruh besar baginya. Melalui debut single Caroline's a victim/birds, KATE NASH telah berjaya menjual sebanyak 1000 unit dalam tempoh masa yang singkat walaupun pada asalnya dia hanya berniat untuk mengeluarkan debut single yang terhad tetapi penerimaan terhadap lagu² nya amat membanggakan telah menyebabkan pengeluaran 1000 unit lagi dan dalam masa yang singkat dan ianya habis dijual kesemuanya. Sebuah video muzik telah dihasilkan untuk lagu 'Birds' dan ianya berjaya mendapat tempat di MTV2.

Kejayaan KATE NASH ini telah berjaya dihidu oleh Polydor dan Fiction Records dan tidak lama selepas itu KATE NASH telah menghasilkan single seterusnya berjudul 'Faundations' dimana lagu ini telah ditulis bersama dengan penerbitnya Paul Epworth. Lagu ini telah berjaya menduduki carta kedua di UK Single Chart. Selepas kejayaan single 'Faundations', Fiction Records bercadang untuk menghasilkan album dimana ianya telah diberi judul Made of Bricks. Namun begitu, album ini telah berjaya dibocorkan melalui internet sehari sebelum ianya dikeluarkan di pasaran. Album ini telah mendapat review yang agak buruk dari pengkritik² muzik dari sebuah majalah di London. Made of Bricks telah diangkat sebagai album paling teruk sepanjang tahun, namun begitu album ini telah laris dijual dan berjaya menduduki carta teratas sebagai album terlaris di UK pada tahun 2007. Kejayaan demi kejayaan telah berjaya dikecapi oleh KATE NASH dimana telah berjaya membuat tour, bermain di festival² muzik besar seperti Wireless Festival, Glastonbury, Reading Festival, T in the park dan banyak lagi. Selain dari itu KATE NASH juga telah bekerjasama dengan beberapa orang artis seperti Lethal Bizzle dan Rapper Kano yang amat terkenal di sekitar London.

KATE NASH juga pernah mendapat anugerah penyanyi perempuan terbaik di BRIT Award 2008. Ianya adalah sebuah kejayaan yang amat membanggakan. Jika kita lihat pada bakat yang ada memang KATE NASH tidak dapat dinafikan lagi sebagai seorang penyanyi yang bagus dan pada masa yang sama juga amat berinovasi dalam penghasilan setiap lagu² nya. Diantara lagu yang mampu memberi impak adalah seperti 'Mouthwash', 'Merry happy', 'pumpkin soup', 'We get on' serta banyak lagi. Kepada penyanyi² baru di Malaysia mungkin KATE NASH mampu memberi sedikit kesan pada penghasilan lagu². Siapa tahu...



Tuesday, November 18, 2008

Interview bersama SUIS LA LUNE.

0 komen
SUIS LA LUNE adalah diantara band² screamo yang sedang melonjak naik di sekitar Eropah, mereka berasal dari Sweden dan mempunyai keunikan dalam menghasilkan setiap lagu mereka. Kepada sesiapa yang meminati muzik screamo pasti akan meminati band ini, dan dengan rasa yang amat sukacita kami di EXPOSURE telah berjaya membuat sesi temu ramah dengan Daniel iaitu salah seorang ahli band SUIS LA LUNE. Selamat membaca.


EXPOSURE MAGAZINE: If you dont mind, can you guys tell us some short story about SUIS LA LUNE history and current line-up.

SUIS LA LUNE: No problem! Suis la lune has been around as a band since 2005, the idea however was born in 2004. We started out as five, went through a change of bassplayer after one month and lost Robert, one of our guitarists, last year and today Suis la lune consists of the following: Henning – Guitar and vocals, Karl – Guitar and vocals, Andreas – Bass and vocals, Daniel – Drums. The four of us are stronger than ever however, and the chance of ever seeing a memberchange in Suis la lune again is very small. We originally come from all over Sweden, north south you name it, but today we all live in Stockholm, except for me, Daniel, residing on the east coast in Gothenburg.

EXPOSURE MAGAZINE: How to describe SUIS LA LUNE music concept and what are your big influences ??

SUIS LA LUNE: I don’t know if there is such a thing as a concept, we have never had an outspoken agreement on what kind of music to play, rather the opposite, but I guess the music we play is the music we keep closest to our hearts. It’s intense and chaotic but at the same time very gentle and delicate. As for influences I guess you could fit a lot of things from our everyday lives like love, friends and the constant fight against boredom, but I am guessing you are thinking of bands so I’ll drop a few that I know we all like and have listened to through our days: portraits of past, page99, louise cyphre, orchid, city of caterpillar, the list could go on forever though.

EXPOSURE MAGAZINE: Who was taking care about SUIS LA LUNE music arrangement and lyrics??

SUIS LA LUNE: Our main singer and guitarist Henning has the biggest part of it since he is the one coming up with the original ideas and the lyrics for most things. But we all arrange and modify everything together.

EXPOSURE MAGAZINE: How about the releases..past released and new releases..

SUIS LA LUNE: Well, the backcatalogue up to date contains one demo, one 7”, one fullength cd/lp called “quiet, pull the strings!” and the latest 10” heir.

EXPOSURE MAGAZINE: Do you listen to the others different music genre ??

SUIS LA LUNE: Hell yes! We listen to a wide range of music and Suis la lune is far from the only kind of band we do. Everyone has their other projects ranging from pop to crust.

EXPOSURE MAGAZINE: What do you think about to make a border line with other music genre, is
it good or not, like example u guys is a screamo band and how about ur relation with others band but different genre like hardcore, metal, or indie band as well..

SUIS LA LUNE: I’m not 100% sure that I got the question there but yes, of course it’s a good thing. I don’t believe that we should limit ourselves to different genres and I don’t find that bands from this scene does. We have shared stages with bands playing indie as well as metal and don’t really make a big difference there. We appreciate the indiescene a whole lot, and I think they like us too. However, there’s a pretty big distance between Suis la lune and the metalscene though, I think they find our music too whiny.. haha..

EXPOSURE MAGAZINE: What do you think about DIY ??

SUIS LA LUNE: Without the DIY-movement Suis la lune would not exist, so it means the world to us of course. It’s nothing but amazing that people are so motivated to create things on their own.. shows, fanzines, recordlabels, you name it. DIY is everything in our scene and it’s a beautiful network.

EXPOSURE MAGAZINE: What will happened if SUIS LA LUNE got an interest from a big music label and they want to makes you guys popular around the world. Agree with that?

SUIS LA LUNE: Well, for starters I am 100% sure something like that will never happen. We play a kind of music that appeals to a pretty small group of people and could never conquer the airwaves even if we tried. We would never change to become more popular and really, we don’t care either. We will always do what we like ourselves and if omeone turn out to like it we are just stoked about that.

EXPOSURE MAGAZINE: Did you know about Malaysia music scene?

SUIS LA LUNE: Yeah! You seem to have a great scene going over there at the moment, which is exciting. UTARID was a great band and Arwith has also been kind enough to help us release our LP on his label QSD. ORBIT CINTA BENJAMIN is another good band I think, just as I like KILLEUR CALCULATEUR a whole lot.


EXPOSURE MAGAZINE: What is SUIS LA LUNE next project?

SUIS LA LUNE: Well, our new 10”+CD has just been released, an ep containing four new songs and at the moment we are planning our trip to the states, where we will do 11 dates early next year. At the same time there will be a new split 7” together with Osceola. And later on next year we might tour Russia as well.

EXPOSURE MAGAZINE: What are you guys doing beside playing and make music?

SUIS LA LUNE: There’s mostly studies and work during our days I guess. I work at a shipping company, Andreas takes care of dead people and funerals and Henning & Karl is working as mailmen. And besides Suis la lune we have other bands that we rehearse and tour with like mixtapes and cellmates, helvete ocks嬠killers walk among us, new decade, bj������kleinhenz and some other ones as well.

EXPOSURE MAGAZINE: How about tour, how about Asia tour.. did you guys have any plan for that??

SUIS LA LUNE: No not really I’m afraid, going all the way to Asia is a big project and we would need a lot of help with booking and things like that. But you never know. If the opportunity comes up we might definitely show up some day!

EXPOSURE MAGAZINE: Last words...

SUIS LA LUNE: Thanks a lot for the interview and interest in our band, we appreciate it a lot! If you ever have any questions or wonder what we’re up to you can always find us at MySpace, and please do. We appreciate it! Thanks!